Khasiat Air Zam Zam

Khasiat dan kelebihan Air Zam Zam.
Rasullullah pula menyatakan kepada umatnya kelebihan air zam zam ini iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Bukhori dan Muslim dan riwayat - At Tabrani dan Ibnu Hibban. Dalam sabdanya, “Sesungguhnya sebaik baik air di mukabumi ini adalah air zam zam. Ianya di berkati dan di dalamnya ada zat zat makanan yang mengenyangkan dan ada penawar kepada penyakit”

Semoga ketika kita berada di tanah haram, Makkah, ambillah kesempatan untuk meminum sebanyak mungkin air zam zam di atas keberkatan tersebut kerana beginilah sifatnya orang yang beriman manakala sifatnya orang munafiq , mereka tidak percaya perkara ini malah mereka tidak bersungguh minum air zam zam. Semoga kita di berkati Allah Taala. Wallah Waklam.

Adab adab minum Air Zam Zam

1. Berselawat dan baca bismillah ( sunnah)

2. Bernafas di luar gelas ( supaya kita tidak menyedut karbon dioksida)

3. Mengadap kiblat samada sedang duduk atau berdiri. ( sunnah)

4. Berniat untuk di permurahkan rezeki, berlapang hati, sihat tubuh badan dan sebagainya.

5. Minum seteguk seteguk dan berzikir Alhamdullillah (sunnah]


Berdoa

Sebelum kita meminum air zam zam, seeluknya kita berniat seikhlasnya. Hadith Rasulullah s.a.w., air zam zam itu diminum berdasarkan kepada niat seseorang itu, Insha Allah akan di makbulkan oleh Allah Taala. Imam Ahmad meriwayatkan , satu ketika seorang ulama tabiin yang sangat terkenal, Abdullah Ibnu Mubarraq. Beliau ketika itu berniat dan berdoa sebelum meminum air zam zam, sambil mengadap kiblat, beliau berkata, Ya Allah, sesungguhnya Rasullullah bersabda iaitu “Sesungguhnya air air zam zam itu diminum berdasarkan niat peminumnya, maka pada hari ini, aku minum air zam zam ini supaya aku tidak akan berasa dahaga sewaktu hari kiamat( mashar) kelak.”



P/S : Saya sangat terharu dengan doa ini. Subhanallah.

No comments:

Post a Comment