Badal Haji

Pada pandangan saya, perkataan upah itu tidak sesuai, tetapi untuk kefahaman semua perkataan upah tersebut digunapakai untuk mudah difahami. Definasinya ialah melantik seseorang untuk mengerjakan ibadat haji bagi pihak orang yang tidak dapat mengerjakan haji dan semua perbelanjaan haji itu di tanggung oleh pelantik tersebut atas dasar persetujuan bersama. Syarat syaratnya seperti berikut :-



1. Orang yang dilantik itu sudahpun mengerjakan haji

2. Satu perlaksanaan ibadat haji hanya untuk seorang sahaja.

3. Bagi pihak orang yang berharta yang telah meninggal dunia

4. Bagi pihak orang yang berharta yang telah terlantar sakit dan tidak ada harapan untuk sembuh.



Apabila haji telah wajib kepada seseorang (kerena sudah mampu) tetapi dia melewatkan perlaksanaannya dan tidak menunaikannya sehingga dia mati, maka dia mati dalam keadaan berdosa dan wajib memerintahkan orang melakukan haji bagi pihaknya. Perbelanjaan hendaklah diambil daripada harta si mati. Ia dianggap sebagai hutang dan harta pusaka tidak boleh dibahagikan kecuali selepas hutang dilunaskan.

Al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a :Seorang wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah SAW dan berkata : “Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, apakah aku perlu menunaikan haji bagi pihaknya?”. Jawab Baginda : “Ya, tunaikanlah haji untuknya. Apa pandangan kamu kalau ibu kamu berhutang, apakah kamu perlu melunaskannya?”. Jawabya : “Ya”. Sabda Baginda : “Tunaikanlah hutang Allah dan hutang Allah lebih berhak untuk dilunaskan”.

Hadith di atas menunjukkan bahawa menggantikan haji bagi orang yang telah meninggal dunia hukumnya adalah wajib, sama ada telah diwasiatkan oleh si mati atau tidak. Pendapat ini dipegang oleh Mazhab Syafie.



Orang yang tidak mampu menunaikan sendiri hajinya (iaitu orang yang sakit yang tiada harapan sembuh) dia wajib mengupah orang lain melakukan haji bagi pihaknya dengan upah yang setimpal. Sekiranya dia tidak mendapati orang yang dapat melakukan haji bagi pihaknya kecuali upahnya lebih daripada upah setimpal, dia tidak wajib melakukannya.



Diriwayatkan daripada Fadhal bin ‘Abbas :

Bahawa seorang wanita dari Khan’am bertanya : “Ya Rasulullah, kewajipan haji yang difardhukan Allah atas hamba-hamba-Nya, kebetulan datangnya dengan keadaan bapaku yang telah berusia lanjut (sangat tua) hingga dia tidak mampu lagi berkenderaan. Apakah boleh saya hajikan atas namanya?”. Jawab Baginda : ”Boleh”, dan peristiwa ini terjadi di waktu haji Wada’. (Muttafaqqun ‘Alaih : Sohih)

Namun begitu, ada juga hamba Allah yang tidak mahu menerima apa apa bentuk bayaran untuk melaksanakan ibadat haji bagi pihak kategori orang tersebut atas dasar tertentu. Semuanya dilakukan kerana mencari keredhaan Allah, barangkali atas dasar soleh dan solehah insan tersebut, barangkali atas dasar kasih sayang, barangkali ingin membalas jasabaik seseorang dengan amalan kebaikan dan sebagainya.

Pada masa kini perbelanjaan wang menunaikan haji ialah lebih kurang RM 10,000.00 seorang, subsidi dari kerajaan Malaysia RM 4,700.00 berjumlah RM14,700.00 bagi mereka yang belum menunaikan ibadat haji. Bagi mereka yang menunaikan ibadat haji haji kali yang kedua dan seterusnya akan dikenakan bayaran penuh lebih kurang RM 14,700.00 dan mesti menunggu pula kuota haji. Ini belum termasuk perbelanjaan wang saku untuk saradiri, musaffir, bayaran dam dan sebagainya, mungkin mencecah RM 18,000.00 Kesimpulannya kalau hendak mengupah orang untuk mengerjakan haji, agak agaknya mahalkah perbelanjaan tersebut dan banyakkah orang yang sanggup berkorban untuk jumlah wang tersebut. Siapakah mereka yang sanggup mengeluarkan belanja RM 18,000.00 bagi melaksanakan haji bagi pihak orang tersebut.? Tidak lain dan tidak bukan ialah dari anak anaknya sendiri, dari saudara kandung itu sendiri, dari sanak saudara yang tersangat rapat. Barangkali dari harta harta yang ditinggalkan dan mempunyai waris yang beramanah untuk diuruskan.

No comments:

Post a Comment