Buah Tamar

Dalam masyarakat melayu, buah tamar dipanggil buah kurma. Saya tidak tahu dengan tepat dan logik mengapa ianya dipanggil buah kurma.Akan tetapi bagi saya, pendengaran dan sebutannya sangat sesuai di panggil tamar, malah dalam Al Quran dan Hadith disebut tamar. Rasa buah tamar yang asli cuma kelat manis bagi buah yang muda dan rasa manis bagi buah yang matang. Buah tamar yang bermutu tinggi kebanyakan ditanam di serata benua Arab.




Terdapat banyak hadith dan firman Allah tentang buah tamar dan di antaranya seperti berikut:-

1.“Sesiapa yang memakan tujuh butir tamar ajwa pada setiap pagi, maka terselamatlah dia dari terkena sihir dan racun sepanjang hari.”- Hadith diriwayatkan Imam al Bukhari.

2.“ Jika di antara kamu sedang berbuka puasa, mulakanlah dengan memakan buah tamar kerana ianya memiliki keberkatan,jika tiada maka minumlah air kerana ia menyucikan.” Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud dan al Tirmizi.

3.“Wahai Aisyah! Rumah yang tidak ada menyimpan tamar adalah merupakan rumah yang penghuninya sentiasa lapar.” Hadith yang diriwayat oleh Muslim.

Tentang firman Allah berkenaan dengan buah tamar, seeluknya rujuklah kepada mereka yang berpengetahuan tinggi dalam penafsiran Al Quran. Terdapat banyak firman Allah tentang tumbuhan tamar ini yang tidak dapat saya paparkan di sini.


No comments:

Post a Comment