1 February 2012

Pakej Haji dan Umrah


Negara kita, Malaysia telah melantik Lembaga Tabung Haji untuk menguruskan pergi dan balik jemaah haji. Suka dan tidak suka kita mesti iktiraf Lembaga Tabung Haji adalah satu organisasi yang menguruskan jemaah haji Malaysia. Kerajaan Arab Saudi telah membuat quota kepada kerajaan Malaysia iatu jumlah jemaah haji ialah cuma 27,000 ribu orang sahaja iaitu 1% dari jumlah penduduk negara Islam. Biarlah Lembaga Tabung Haji yang menentukan siapa yang layak untuk mendapat kuota. Janganlah pertikaikan…Kalau mereka ada deskriminasi, dalam dunia boleh tepis tepis, akhirat kalian jawablah….jangan hampakan orang yang berkelayakan.

Sesungguhnya ibadat haji adalah wajib ke atas mereka yang berkemampuan itu sekali sahaja seumur hidup. Kalau kali kedua itu, saya tidak tahulah untuk kategori haji yang macamana, terkecualilah haji nazar. Kita pohonlah agar diberi peluang kepada mereka yang baru mampu yang belum menunaikan haji, untuk menunaikan haji. Jangan biar mereka menunggu kuota haji hingga nak jadi tua , baru dapat pergi. Kita yang sudah berhaji tidak payahlah daftar haji lagi. Kalaulah rindu sangat kepada Kaabah dan Madinah, ziarahlah pada musim umrah. Kalaulah ini sikap yang ada pada orang orang sudah berhaji Malaysia, pasti Rasulullah S.A.W. tersenyum…

Pada masa kini perbelanjaan wang menunaikan haji ialah lebih kurang RM 10,000.00 seorang, subsidi dari kerajaan Malaysia RM 4,700.00 berjumlah RM14,700.00 bagi mereka yang belum menunaikan ibadat haji. Bagi mereka yang menunaikan ibadat haji haji kali yang kedua dan seterusnya akan dikenakan bayaran penuh lebih kurang RM 14,700.00 dan mesti menunggu pula kuota haji. Ini belum termasuk perbelanjaan wang saku untuk saradiri, musaffir, bayaran dam dan sebagainya, mungkin mencecah RM 18,000.00 Kesimpulannya, menabunglah wang dalam Lembaga Tabung Haji, samada potongan gaji, buka akauan bank haji, dan lambat laun sudah mencukupi untuk mengerjakan haji. Jangan sama sekali melantik orang tengah untuk menguruskan daftar haji, buat sendiri di mana Lembaga Tabung Haji mempunyai pejabat negeri dan daerah di seluruh Malaysia. Cantik tu…

Bagi mereka yang ada kelebihan kewangan bolehlah pergi dengan Pakej Haji yang dikenali pakej haji swasta yang juga telah dlantik oleh Lembaga Tabung Haji. Kuota haji dan kadar harga pakej swasta ini bergantung kepada syarikat travel itu sendiri. Janganlah pergi dengan syarikat yang tidak dilantik oleh Lembaga Tabung Haji , nanti tertipu…Wang habis, haji tidak naik, main dam haji sahajalah…mudah sangat orang kita ini kena tipu….Tok tok guru di kampong pun main peranan juga…iktiraf sahajalah Lembaga Tabung Haji…buat apa yang tersedia ada dan jangan pening pening kepala untuk uruskan sesuatu yang belum tentu ada… berdosa tu…




Kadar Perbelanjaan Haji - Lembaga Tabung Haji tahun 2012

Masih belum ditentukan lagi tetapi tidak kurang dari RM 14,680.00 iaitu RM 9,980.00 dari jemaah haji sendiri dan RM 4,700.00 dari subsidi kerajaan Malaysia.
Jemaah haji diminta berurusan terus dengan pihak Lembaga Tabung Haji.
(Jemaah haji kali kedua dikenakan bayaran penuh.)



Kadar Perbelanjaan Haji – Pakej Haji Swasta

Masih belum ditentukan lagi tetapi tidak kurang dari RM 18,500.00 dan tidak ada subsidi dari kerajaan Malaysia.

Jemaah haji diminta berurusan dengan pihak travel yang dilantik oleh Lembaga Tabung Haji atau orang perseorangan yang dilantik oleh pihak travel tersebut secara bersurat.




Pakej Umrah



Saya nasihatkan para jemaah umrah untuk menggunakan syarikat travel yang berdaftar dengan pihak TDC Malaysia yang mempunyai rangkaian di tanah suci. Jemaah haji diminta berurusan dengan pihak travel yang berdaftar dan mempunyai lessen atau dengan orang perseorangan yang dilantik oleh pihak travel tersebut secara bersurat dan rasmi.

Jemaah umrah kena bijak membuat perbandingan sebutharga dengan pelbagai syarikat travel mengikut kepada itenary masing masing. Rancangkan perjalanan dengan seawalnya kerana perjalanan secara tiba tiba memerlukan belanja yang tinggi. Pihak travel akan menempah untuk urusan visa dengan mahramnya, urusan tempahan tempat duduk penerbangan dengan kumpulannya, urusan penginapan, urusan ibadat umrah dan ziarah di Madinah yang memerlukan tempahan dan persediaan awal. Ini semua melibatkan banyak pihak kedua dan ketiga yang merlukan masa. Rancanglah lebih awal dengan cutinya, budgetnya supaya tidak stress.



Berikut adalah pakej umrah yang biasa saya syorkan :-

(klik pada gambar utk paparan yg jelas)

(klik pada gambar utk paparan yg jelas)

No comments:

Post a Comment