1 February 2012

PERKHIDMATAN UPAH HAJI ( BADAL HAJI ) DAN UPAH UMRAH


Kadar Perkhidmatan Badal Haji dan Badal Umrah

  1. Penuntut Universiti dari Negara Malaysia, Thailand, Indonesia dan Singapura yang menuntut di Makkah & Madinah = RM 3,500.00 seorang terhad kepada 30 orang sahaja 
  2. Pekerja Malaysia, Thailand dan Indonesia berserta keluarganya yang menjadi penduduk tempatan tanah suci = RM 2,000.00 seorang  terhad kepada 100 orang sahaja
  3. Badal Umrah = RM 350.00 seorang 

Lafaz dan Kabul dilakukan apabila telah menerima wang tersebut. Resit dikeluarkan.

Kebiasaannya pihak badal haji ada memberi cenderahati dan hadiah terdiri dari Sijil Badal, Air Zam Zam, Al Quran, Sejadah, Pakaian Sembahyang, Tasbih, buah buahan kering dari tanah suci dan sebagainya. Kadang kadang saya hairan mengapa hendak dibagi semuanya, tetapi begitulah sifatnya orang melayu nusantara, begitu seni cara mengucapkan terima kasih kepada orang yang melantiknya….

Berwaspada dan berhati hatilah dalam mencari orang untuk menguruskan badal haji kerana ianya banyak yang menipu, duit diterima tetapi pekerjaan tidak dilaksanakan.Saya teringat pada tahun 1994, saya telah menyapa seorang jemaah haji lelaki yang mukanya agak muram dan bersedih, waktu itu adalah selepas haji. Beliau keliru kerana orang yang dilantik untuk badal haji (SR 8,000.00 – 4 orang) tidak datang menemuinya untuk memberi sijil badal haji, walhal penerbangan beliau ke tanah air semakin hampir. Beliau meminta pendapat saya dan saya mengatakan untuk redhalah dan anggapkanlah orang itu sudah lakukan, berdoalah agar tuan tidak ditimpa muslihat muslihat yang datangnya pada waktu siang dan muslihat muslihat yang datangnya pada waktu malam. Tuan berada di tanah haram, maka banyaklah berdoa,bacalah Al Quran dan mengadulah kepada Allah agar di kuniakan kelapangan hati dan perasaan. Namun begitu,pada fikiran saya kebarangkalian beliau telah ditipu itu ada, tetapi di hati saya tidak pula demikian sebab ‘para tetamu Allah ini adalah orang yang paling hampir dengan Allah.’ Ini adalah pendapat peribadi saya..

No comments:

Post a Comment