1 February 2012

Megapoint Logistic and Services


MEGA POINT LOGISTIC & SERVICES (001637950-V)
LOT G-01, PANDAN SAFARI LAGOON, JALAN PANDAN PERDANA 6/10A,
PANDAN PERDANA, 55300 KUALA LUMPUR.
TEL/FAX : 03-92748788 EMAIL : megapoint@ymail.com
HM SHUHAIMI   0192242001 &  0124312001         A.SABIRIN 0173379689  
  • PENGANGKUTAN LORI  UNTUK PENGHANTARAN KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA
  • KHIDMAT PINDAH RUMAH & PEJABAT  - INDIVIDU & KAKITANGAN ORGANISASI.
  • MEMBEKAL PERALATAN PEMBUNGKUSAN.
  • PENGHANTARAN  BARANGAN MELALUI KARGO UDARA & LAUT   – DOMESTIK TERMASUK SABAH  &  SARAWAK   &  ANTARABANGSA
  • MENYEDIAKAN TENAGA PEKERJA UNTUK PEMBUNGKUSAN & PEMUNGGAHAN.
  • KHIDMAT NASIHAT FORWARDING & PERPINDAHAN
SEBUTHARGA : BERPATUTAN DAN BERGANTUNGKEPADA JENIS PERKHIDMATAN.   KAMI BERURUSAN SECARA “ WIN TO WINSITUATION ”

PELANGGAN DIUTAMAKAN.

PERALATAN PEMBUNGKUSAN YANG SELALU DIGUNAKAN UNTUK PINDAH RUMAH & PEJABAT




STRETCH FILM.GUMTAPE.BUBBLE PLASTIC PACK.CORRUGATED PAPER AND BOX .LABELLING.STRAPING.TROLEY &  ETC.

Pakej Haji dan Umrah


Negara kita, Malaysia telah melantik Lembaga Tabung Haji untuk menguruskan pergi dan balik jemaah haji. Suka dan tidak suka kita mesti iktiraf Lembaga Tabung Haji adalah satu organisasi yang menguruskan jemaah haji Malaysia. Kerajaan Arab Saudi telah membuat quota kepada kerajaan Malaysia iatu jumlah jemaah haji ialah cuma 27,000 ribu orang sahaja iaitu 1% dari jumlah penduduk negara Islam. Biarlah Lembaga Tabung Haji yang menentukan siapa yang layak untuk mendapat kuota. Janganlah pertikaikan…Kalau mereka ada deskriminasi, dalam dunia boleh tepis tepis, akhirat kalian jawablah….jangan hampakan orang yang berkelayakan.

Sesungguhnya ibadat haji adalah wajib ke atas mereka yang berkemampuan itu sekali sahaja seumur hidup. Kalau kali kedua itu, saya tidak tahulah untuk kategori haji yang macamana, terkecualilah haji nazar. Kita pohonlah agar diberi peluang kepada mereka yang baru mampu yang belum menunaikan haji, untuk menunaikan haji. Jangan biar mereka menunggu kuota haji hingga nak jadi tua , baru dapat pergi. Kita yang sudah berhaji tidak payahlah daftar haji lagi. Kalaulah rindu sangat kepada Kaabah dan Madinah, ziarahlah pada musim umrah. Kalaulah ini sikap yang ada pada orang orang sudah berhaji Malaysia, pasti Rasulullah S.A.W. tersenyum…

Pada masa kini perbelanjaan wang menunaikan haji ialah lebih kurang RM 10,000.00 seorang, subsidi dari kerajaan Malaysia RM 4,700.00 berjumlah RM14,700.00 bagi mereka yang belum menunaikan ibadat haji. Bagi mereka yang menunaikan ibadat haji haji kali yang kedua dan seterusnya akan dikenakan bayaran penuh lebih kurang RM 14,700.00 dan mesti menunggu pula kuota haji. Ini belum termasuk perbelanjaan wang saku untuk saradiri, musaffir, bayaran dam dan sebagainya, mungkin mencecah RM 18,000.00 Kesimpulannya, menabunglah wang dalam Lembaga Tabung Haji, samada potongan gaji, buka akauan bank haji, dan lambat laun sudah mencukupi untuk mengerjakan haji. Jangan sama sekali melantik orang tengah untuk menguruskan daftar haji, buat sendiri di mana Lembaga Tabung Haji mempunyai pejabat negeri dan daerah di seluruh Malaysia. Cantik tu…

Bagi mereka yang ada kelebihan kewangan bolehlah pergi dengan Pakej Haji yang dikenali pakej haji swasta yang juga telah dlantik oleh Lembaga Tabung Haji. Kuota haji dan kadar harga pakej swasta ini bergantung kepada syarikat travel itu sendiri. Janganlah pergi dengan syarikat yang tidak dilantik oleh Lembaga Tabung Haji , nanti tertipu…Wang habis, haji tidak naik, main dam haji sahajalah…mudah sangat orang kita ini kena tipu….Tok tok guru di kampong pun main peranan juga…iktiraf sahajalah Lembaga Tabung Haji…buat apa yang tersedia ada dan jangan pening pening kepala untuk uruskan sesuatu yang belum tentu ada… berdosa tu…




Kadar Perbelanjaan Haji - Lembaga Tabung Haji tahun 2012

Masih belum ditentukan lagi tetapi tidak kurang dari RM 14,680.00 iaitu RM 9,980.00 dari jemaah haji sendiri dan RM 4,700.00 dari subsidi kerajaan Malaysia.
Jemaah haji diminta berurusan terus dengan pihak Lembaga Tabung Haji.
(Jemaah haji kali kedua dikenakan bayaran penuh.)



Kadar Perbelanjaan Haji – Pakej Haji Swasta

Masih belum ditentukan lagi tetapi tidak kurang dari RM 18,500.00 dan tidak ada subsidi dari kerajaan Malaysia.

Jemaah haji diminta berurusan dengan pihak travel yang dilantik oleh Lembaga Tabung Haji atau orang perseorangan yang dilantik oleh pihak travel tersebut secara bersurat.




Pakej Umrah



Saya nasihatkan para jemaah umrah untuk menggunakan syarikat travel yang berdaftar dengan pihak TDC Malaysia yang mempunyai rangkaian di tanah suci. Jemaah haji diminta berurusan dengan pihak travel yang berdaftar dan mempunyai lessen atau dengan orang perseorangan yang dilantik oleh pihak travel tersebut secara bersurat dan rasmi.

Jemaah umrah kena bijak membuat perbandingan sebutharga dengan pelbagai syarikat travel mengikut kepada itenary masing masing. Rancangkan perjalanan dengan seawalnya kerana perjalanan secara tiba tiba memerlukan belanja yang tinggi. Pihak travel akan menempah untuk urusan visa dengan mahramnya, urusan tempahan tempat duduk penerbangan dengan kumpulannya, urusan penginapan, urusan ibadat umrah dan ziarah di Madinah yang memerlukan tempahan dan persediaan awal. Ini semua melibatkan banyak pihak kedua dan ketiga yang merlukan masa. Rancanglah lebih awal dengan cutinya, budgetnya supaya tidak stress.



Berikut adalah pakej umrah yang biasa saya syorkan :-

(klik pada gambar utk paparan yg jelas)

(klik pada gambar utk paparan yg jelas)

PERKHIDMATAN UPAH HAJI ( BADAL HAJI ) DAN UPAH UMRAH


Kadar Perkhidmatan Badal Haji dan Badal Umrah

  1. Penuntut Universiti dari Negara Malaysia, Thailand, Indonesia dan Singapura yang menuntut di Makkah & Madinah = RM 3,500.00 seorang terhad kepada 30 orang sahaja 
  2. Pekerja Malaysia, Thailand dan Indonesia berserta keluarganya yang menjadi penduduk tempatan tanah suci = RM 2,000.00 seorang  terhad kepada 100 orang sahaja
  3. Badal Umrah = RM 350.00 seorang 

Lafaz dan Kabul dilakukan apabila telah menerima wang tersebut. Resit dikeluarkan.

Kebiasaannya pihak badal haji ada memberi cenderahati dan hadiah terdiri dari Sijil Badal, Air Zam Zam, Al Quran, Sejadah, Pakaian Sembahyang, Tasbih, buah buahan kering dari tanah suci dan sebagainya. Kadang kadang saya hairan mengapa hendak dibagi semuanya, tetapi begitulah sifatnya orang melayu nusantara, begitu seni cara mengucapkan terima kasih kepada orang yang melantiknya….

Berwaspada dan berhati hatilah dalam mencari orang untuk menguruskan badal haji kerana ianya banyak yang menipu, duit diterima tetapi pekerjaan tidak dilaksanakan.Saya teringat pada tahun 1994, saya telah menyapa seorang jemaah haji lelaki yang mukanya agak muram dan bersedih, waktu itu adalah selepas haji. Beliau keliru kerana orang yang dilantik untuk badal haji (SR 8,000.00 – 4 orang) tidak datang menemuinya untuk memberi sijil badal haji, walhal penerbangan beliau ke tanah air semakin hampir. Beliau meminta pendapat saya dan saya mengatakan untuk redhalah dan anggapkanlah orang itu sudah lakukan, berdoalah agar tuan tidak ditimpa muslihat muslihat yang datangnya pada waktu siang dan muslihat muslihat yang datangnya pada waktu malam. Tuan berada di tanah haram, maka banyaklah berdoa,bacalah Al Quran dan mengadulah kepada Allah agar di kuniakan kelapangan hati dan perasaan. Namun begitu,pada fikiran saya kebarangkalian beliau telah ditipu itu ada, tetapi di hati saya tidak pula demikian sebab ‘para tetamu Allah ini adalah orang yang paling hampir dengan Allah.’ Ini adalah pendapat peribadi saya..

Membekal Buah Tamar


Tentang firman Allah berkenaan dengan buah tamar, seeluknya rujuklah kepada mereka yang berpengetahuan tinggi dalam penafsiran Al Quran. Terdapat banyak firman Allah tentang tumbuhan tamar ini yang tidak dapat  saya paparkan di sini.

Khasiat buah tamar adalah seperti berikut :--

1.      Makanan berzat dan banyak manafaatnya.
2.      Makanan yang lazat dan berkhasiat.
3.      Sunnah berbuka puasa dengan buah tamar
4.      Tamar & rutab & ajua  mejadi ubat kapada kesihatan manusia.

Tentang kelebihan buah tamar ini, saya suka merujuk kepada buku  dari Saudara Ahmad Salim Baduwailan yang diterbitkan oleh Al Hidayah Publication berharga RM 8.00 sahaja. Ianya sebuah buku terjemahan oleh Saudara Uria Hasnan Sidik. Kepada mereka yang berkenaan, saya pohon dihalalkan segala ilmu pengetahuan yang saya dapati dari pembacaan ini. Terima kasih.

Kadar harga buah tamar 


1.  Buah tamar biasa dan rutab yakni tidak melekat, tidak diproses menggunakan bahan kimia 
     1.0 Kg =  RM 20.00 ke RM 25.00

 2.   Buah tamar Ajua 1.0 Kg  =  RM 80.00 ke RM 110.00 


Pada masa sekarang buah tamar boleh didapati di kedai kedai menjual buah buahan kering dari Timur Tengah  yang dimiliki oleh orang Islam. Tidak digalakan untuk mendapatkan terus dari  di pasaraya kerana kadang kadang ianya dibungkus semula, dikuatiri kesuciannya tercemar. Malah saya sendiri berminat kepada pembekal terbesar seperti  Yussof Al Taiyoob, Syarikat Almah dan lain lain. Thanking you very much  brother…! Yazakallah.

Membekal Air Zam Zam


Perkhidmatan Bekalan Air Zam Zam

Pihak kami ada membekal air zam zam  yang diimpot terus dari Saudi Arabia. Pada penghujung tahun 2009, air zam zam hanya boleh dibekalkan oleh syarikat King Abdullah Abdulaziz’s Zam Zam Project yang berpusat di Makkah. Air zam zam hanya boleh dieksport atas  keperluan jemaah haji dan jemaah umrah sahaja dengan kadar 10.0 liter (seperti botol minyak masak)  berplastik tebal dan berkotak. Atas rundingan tertentu, dapatlah  juga kami mengimportnya tetapi bukanlah dalan kuantiti yang tersangat banyak.  Harga air zam zam adalah termasuk dari kos pembungkusan, forwarding, perkastaman, setor dan sebagainya.

       10 liter                                               =             RM 130.00
       05 liter                                               =             RM   70.00
       600 ml                                                =             RM   12.00
       1 kotak x 24 botol x RM 9.00            =             RM 216.00





Kos penghantaran = Atas rundingan. Untuk Lembang Kelang dan Selangor, penghantaran disediakan.